Wednesday, 14 August 2013

PRODUK PERUBATAN ISLAM BENTENG MUKMIN

AIR PENAWAR AURA MUKMIM 


  • AIR ZAM ZAM DAN GABUNGAN GARAM MINERAL ASLI
  • MEMBANTU DALAM MERAWAT SEMUA JENIS PENYAKIT DENGAN IZIN ALLAH
  • TELAH DI MASUKKAN AYAT - AYAT RUQYAH PENYEMBUHAN
  • JUGA DI MASUKKAN AURA BENTENG DIRI SEBAGAI PENDINDING DIRI DARI GANGGUAN JIN /SIHIR DAN LAIN LAIN
DAPATKAN HARGA SEBOTOL HANYA
RM 9.00.....
PENGEDAR DI PERLUKAN !!!



JUS MADU AURA MUKMIM

BERASASKAN MAKANAN ANJURAN RASULULLAH S.A.W

Air zam zam
Garam galian kristal hunza
Habbastussauda 
Kurma
Madu
Saffron
Zaitun
Delima 
Tin

Cara guna : boleh terus diminum 2 kali sehari ( 20ml sekali ambil )

Insyaallah dapat membantu menstabilkan kesihatan dalam dan luaran. ...

  • TELAH DI MASUKKAN AYAT - AYAT RUQYAH PENYEMBUHAN
  • JUGA DI MASUKKAN AURA BENTENG DIRI SEBAGAI PENDINDING DIRI DARI GANGGUAN JIN /SIHIR DAN LAIN LAIN
Rm35 / botol
PENGEDAR DI PERLUKAN!!!


MINYAK HABBATUS SAUDA ASLI + SHIFA'
(HOT SALE)


KHASIAT MINYAK PATI/ASLI HABBATUL SAUDA’
MENGESAN PENYAKIT MISTERI SEPERTI SANTAU ATAU SAKA
• MEREDAKAN SISTEM PERNAFASAN (BATUK, LELAH, SESAK NAFAS, KAHAK DAN SELSEMA)
• MENCERDASKAN OTAK.
• MEMULIHKAN TENAGA BATIN
• MELANCARKAN PERJALANAN DARAH DAN TEKANAN DARAH
• MEMBANTU MENYEMBUHKAN PENYAKIT KENCING MANIS
• MEMBINA DAYA TAHAN TUBUH DARIPADA SERANGAN PENYAKIT
• MENGUBATI PENYAKIT KULIT, SAKIT KEPALA, MIGRIN, PENAT, LESU, LENGUH DAN SENGAL-SENGAL BADAN DENGAN CARA MENGURUT ATAU MINUM
• MENGEMBALIKAN SELERA MAKAN
• MENGHAPUSKAN KOLESTROL DAN BAHAN TOKSID DLM BADAN DAN MAKANAN
• MERAWAT PENYAKIT RESDUNG
• MEMBUANG ANGIN, MENGUBATI BUASIR, SENGGUGUT DAN PELBAGAI PENYAKIT LAIN.

RM 30/BOTOL




HERBA SHIFA
GABUNGAN 9 RASA

  • MENGUBATI PENYAKIT KENCING MANIS 
  • DARAH TINGGI
  • TEKANAN EMOSI 
  • JANTUNG 
  • PENYAKIT PENYAKIT MISTERI
  • PENYAKIT ZAHIR / BATIN




ANTARA PENAWAR TERBAIK 

HARGA RM 60.00

DAN BANYAK LAGI YANG BAKAL KAMI PASARKAN 
SEKIRANYA BERMINAT BOLEH HUBUNGI MANA MANA CAWANGAN KAMI YANG BERHAMPIRAN DENGAN ANDA

Monday, 12 August 2013

BA THA MIM 114 MALAYSIA




SIHIR, SANTAU, PUKAU, BUSUNG, GUNA-GUNA, TUJU-TUJU, CALIT MINYAK DAGU, SIHIR PENUNDUK, HANTARAN, SAKA, GANGGUAN MAKHLUK HALUS, JIN MENUMPANG, DIGANGGU LEMBAGA atau KELIBAT dan sebagainya sering didengari oleh masyarakat kita di Malaysia ini. Malah mungkin ramai diantara anda yang pernah mengalami peristiwa-peristiwa seperti di atas ini. Pernahkah anda semua terfikir bagaimana caranya ataupun jalan IKHTIAR untuk kita MENCEGAH dari terkena GANGGUAN tersebut? Kami ada caranya. Sesuai untuk semua peringkat umur, tidak kira LELAKI, WANITA, TUA & MUDA.
RAWATAN ISLAM TAPEDIRI adalah satu-satunya Rawatan Islam yang menyediakan AMALAN BENTENG DIRI yang MENCEGAH kita dari 3 jenis unsur khianat :-


1. KHIANAT DARI SERANGAN MANUSIA - Memukul, Merompak, Meragut, Merogol, Menyamun, Membunuh dan sebagainya.

2. KHIANAT DARI SERANGAN JIN - Sihir, Santau, Busung, Guna-guna, Pukau dan sebagainya. Jin itu sendiri boleh menyerang kita ketika kita berada ditempatnya contohnya seperti rumah lama, hutan dan sebagainya.

3. KHIANAT DARI SERANGAN BINATANG BERBISA - Ular, Anjing, Lipan, Nyamuk Aedes dan sebagainya.

* Jadi ini adalah salah satu jalan IKHTIAR kita untuk keselamatan diri kita dan keluarga untuk mengelakkan diri kita dari SERANGAN KHIANAT. InshaAllah.

* Selain itu, AMALAN BENTENG DIRI ini juga dapat MERAWAT diri kita dari segi ROHANI & JASMANI. Sekiranya didalam badan terdapat penyakit, gangguan jin, bisa-bisa, angin dan sebagainya. Ia akan merawatnya dari hari ke hari. InshaAllah.

* Amalan Benteng Diri ini juga tidak menggunakan unsur-unsur JIN, KHADAM, SERUAN, JAMPI SERAPAH, MENTERA, PUJA MEMUJA dan sebagainya. Kerana Amalan Benteng Diri ini 100% menggunakan Ayat-ayat dari AL-QURAN & HADITH Rasulullah S.A.W.

* InshaAllah dengan IKHTIAR ini kita dapat hidup bahagia & sejahtera. Dengan Izin Allah S.W.T.

HUBUNGI KAMI UNTUK MENDALAMI ILMU ALLAH S.W.T


0196657517 AGP AMIRUL RAHIM

Monday, 29 July 2013

SYIAH SATU ANCAMAN



kenali SYIAH...

Mengenali munafiqun moden, mereka ada keliling kita !

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan sebahagian mazhab dalam Islam.

Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut "Taqiyah". Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah antaranya pada 15 ciri-ciri yang berikut ini:

1) Mengenakan serban hitam tanpa kopiah di dalamnya dengan bentuk tertentu, biasanya besar.Tidak seperti serban yang biasa dipakai oleh ulama ahlussunnah yang berkopiah di bawahnya, biasanya mempunyai saiz sederhana besar & ada ekor , serban mereka seperti serban dibelitkan di keliling kepala tanpa ekor, dibalut dgn lingkungan yg amat ketara besar .

2) Tidak solat Jumaat. Meskipun solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia langsung berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma'sum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam ke kanan & kiri yg kita lakukan & semua kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang solat jemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu / tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat bersendirian atau jauh dari orang lain.

6) Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wudhunya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kuliah dan ceramah Ahlussunnah.

Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak menyebut Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein radhiyallahu anhum. Mereka memang menafikan sumbangan para sahabat & salafussoleh yg lain bahkan menganggap kesemua itu telah murtad.

9) Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum.Malah mengucapkan laknat, cacian & lucah kepada para ulama ahlussunnah itu merupakan tradisi syiah, sila lihat diskusi sunni syi'i yg ada dlm you tube antara Al Syikh Adnan Ar'ur dengan ahli ilmu syiah.

10) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid'ah.

11) Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.

12) Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah ( pura2 ) kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di kampung sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.

15) Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut'ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang yang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut'ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut'ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.

Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah.

Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kemarahan di wajahnya.

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran kadar ini dan inilah hukuman bagi siapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhum yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.

mereka mendakwa mereka juga muslim padahal mereka dengan Islam sudah tiada titik pertemuan..

sebarkan fakta ini kpd setiap muslim yg anda kenal sebagai tanda sayang & rahmat pd mereka agar tidak tergelincir dari landasan aqidah yg benar..

ingat pesan Nabi saw ,bahawa

Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah Saw bersabda: “ Bani Israil akan terpecah menjadi 71 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, seluruhnya akan masuk neraka, kecuali satu, yaitu Al-Jamaa’ah.” HR. Sunan Ibnu Majah.

lagi sabda Nabi saw , maksudnya :
“Bani Israel telah berpecah sebanyak 72 firqah dan akan berpecah umatku kepada 73 puak , semuanya akan masuk Neraka kecuali satu.” Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya: “Siapakah yang satu golongan itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: ” Yang satu itu ialah orang yang berpegang sebagai peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” HR Imam Tirmizi.

Monday, 1 July 2013

INI LAH DIA SEBENARNYA RAWATAN ISLAM





akU jadi Perawat???

macam mana yer???? 

***Perawat perlu memiliki keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah serta memiliki keilmuan dengan ilmu rawatan Islam dengan sumber ilmu yang sah dan tahu membezakan antara yang betul dan yang salah.

***Setiap pengamal perubatan Islam hendaklah memiliki akidah yang betul, keikhlasan,berakhlak mulia, memahami keadaan pesakit, beretika apabila merawat pesakit berlainan jantina, pengurusan masa yang berkualiti, pemeriksaaan dengan cara berhemah dan memiliki sifat mahmudah seperti kesabaran, keyakinan doa dimakbulkan, tawadu' dan perasaan belas kasihan kepada pesakit.

***Setiap pengamal peruubatan Islam hendaklah beriktikad bahwa kesembuhan datang daripada Allah dan bukannya dari kemampuan dan kekuatan amalan atau ilmu sendiri.Tugas pengamal hanyalah berdoa dan memotivasi pesakit sebagai satu kaedah usaha dan ikhtiar.

***Pengamal perubatan Islam hendaklah memastikan bahawa amalan perubatan Islam yang dipraktikkannya bebas daripada unsur-unsur batil yang biasa diamalkan dalam sistem perbomohan yang terpesong daripada syariat Islam seperti penggunaan 'khidmat jin', tangkal azimat, jampi serapah, dakwaan mengetahui perkara ghaib, menilik, meramal penyakit, penggunaan bahan yang jelas haram seperti darah, hempedu, daging binatang yang diharamkan.



***Penggunaan ubat-ubatan hospital dan pembedahan adalah termasuk dalam perubatan Islam berdasarkan hadis Nabi SAW yang menggesa berubat dengan menggunakan madu dan bekam.

***Pengamal perubatan Islam hendaklah menunjukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu,memotivasi,dan mendakwah pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mengejar kebaikan tanpa meletakkan imbuhan duniawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.

***Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kala ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang tertipu seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku.

***Perawat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti mengetahui dalam badan pesakit ada sejumlah jin dan kemudian menilik ayat-ayat al-Quran yang kononnya sebagai ubat yang sesuai untuk pesakit berdasarkan pencarian secara tilikan maka termasuk dalam kaedah menggunakan khidmat jin.

***Kaedah mengalinkan bahan tertentu di atas tubuh pesakit seperti mengalinkan telur di tempat sakit kemudian apabila telur itu dipecahkan didapati berbagai objek di dalam telur itu seperti rambut atau isi telur itu berubah warna kepada kehitaman atau kemerahan maka ia termasuk kaedah sihir dan pengamalnya dipanggil sebagai Kahin ( merawat dengan menggunakan khidmat jin dan syaitan).

IKHLAS DARI: Pusat Perubatan Islam Nur Mukmin :-)))

RENUNGKAN SEJENAK ...BETUL KAN?





RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK ??

PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan ..
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus ..

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki ..
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian. ?.

Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..

Sunday, 23 June 2013

CIRI AJARAN SESAT ???



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menyenaraikan ciri-ciri ajaran sesat dan penjelasannya di dalam buku Penjelasan Terhadap 58 Ciri-ciri Ajaran Sesat Di Malaysia, yang ditulis oleh Haji Abdul Hamid @ Yusoff bin Yunus. Di dalamnya juga dimuatkan sebanyak 7 kriteria-kriteria ajaran sesat dan 58 ciri-ciri yang dijelaskan.

Garisan-garisan tersebut telah dipersetujui oleh Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura dan dinyatakan di dalam buku, Kriteria-kriteria Ajaran Sesat BAHEIS JPM 1994.

(BUKU SEKADAR HIASAN)


1. Mempercayai bahawa semua agama adalah sama
2. Mempercayai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang
3. Memansuhkan syariat Islam dan membuat syariat baru
4. Guru membuat pengakuan memegang kunci syurga
5. Mengaku Allah SWT menjelma dalam diri guru atau seseorang
6. Mempercayai bahawa makhluk-makhluk seperti kayu, batu atau lain-lain, memiliki kuasa mutlak
7. Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT
8. Menghalalkan nikah adik beradik
9. Meminta pertolongan terus daripada orang yang telah mati (bukan bertawassul)
10. Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat
11. Mempercayai kebangkitan nabi lain selepas Nabi Muhammad SAW
12. Mempercayai wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW
13. Mengaku dirinya sebagai Nabi Isa AS
14. Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat
15. Mempercayai roh orang mati boleh memberi pertolongan apabila namanya diseru
16. Guru mengaku Imam Mahdi dan muridnya yang terkanan ialah Nabi Isa AS
17. Perbuatan zina, judi, minum arak dan segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru khalifah terkatnya dan menjamin akan mendapat keampunan Allah SWT ke atas dosa pengikutnya
18. Amalan Haji tidak semestinya di Mekah, bahkan di tempat selain daripadanya juga dibolehkan
19. Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat
20. Mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib dan mampu menilik nasib seseorang
21. Islam seseorang tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya
22. Semua manusia melihat Allah SWT di dunia ini
23. Ajaran hendaklah dirahsiakan oleh pengikut, dan sekiranya mereka membocorkannya akan ditimpa bala
24. Guru atau murid membuat pengakuan menerima wahyu
25. Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi, dan mampu memberi syafaat kepada muridnya
26. Mengaku diri atau gurunya ma’sum (tiada dosa)
27. Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup
28. Boleh memanggil roh orang mati (tahdhir al arwah) dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir
29. Boleh meramal kedatangan Imam Mahdi dan Hari Kiamat
30. Mempercayai bahawa orang tertentu ghaib (tidak mati) dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi
31. Pengikut tidak boleh berkahwin dengan orang yang bukan pengikut ajaran tersebut
32. Murid-murid tidak dibenarkan mengahwini janda gurunya
33. Huruf-huruf dalam perkataan tertentu mempunyai lambangnya tersendiri
34. Al Quran mempunyai makna batin, yang berbeza (menyalahi) dengan maknanya yang zahir
35. Islam itu ada zahir dan batinnya. Batinnya ialah isi, setelah sudah memperolehi isinya, kulit tidak lagi berguna
36. Mendakwa dengan melalui tarekatnya, Allah SWT akan menurunkan Nur (cahaya) ke dalam badan Nabi Adam AS, turun temurun ke dalam badan semua nabi dan seterusnya ke dalam badan-badan imam (syiah) atau guru-guru, berterusan sehingga tidak berakhir
37. Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat-sahabat Nabi SAW
38. Nikah menurut syariat hanyalah adat, oleh itu ia perlu bernikah sekali lagi yang dinamakan sebagai nikah batin
39. Ibadah Solat sudah memadai dengan niat semata-mata (lintasan hati)
40. Penyerahan rohani/jasmani kepada guru melalui nikah secara batin
41. Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, isteri, anak dan harta benda kepada gurunya
42. Amalan seperti zikir mampu menangguhkan tarikh Hari Kiamat
43. Sesiapa yang mengikut tarekatnya sahaja dibolehkan masuk ke Syurga
44. Mempercayai bahawa bacaan seseorang guru itu kepada sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain-lain berkuasa memberi kesan baik atau buruk
45. Mempercayai bahawa dirinya selaku guru dan anak muridnya sahaja yang layak mendapat pertolongan Allah SWT (ma’unah)
46. Gurunya mampu memberikan kuasa yang luar biasa kepada pengikut-pengikunya
47. Mengaku dan mempercayai seseorang tu boleh berhubung terus dengan Allah SWT melalui Nur Muhammad SAW yang berada di dalam dirinya
48. Guru mendakwa bahawa tugas-tugas para Rasul diamanahkan kepadanya
49. Bersemadi di tempat-tempat gelap memusatkan kepada satu-satu hajat yang bukan dari ajaran Islam
50. Sebelum pergi menunaikan haji ke Mekah, dikehendaki bersuluk terlebih dahulu di Panca Budi di Medan atau memadai di Medan sahaja
51. Mendakwa sebagai wali sedangkan bergelumang dengan maksiat
52. Murid-muridnya tidak dibenarkan mengahwini mana-mana wanita yang diminati oleh gurunya
53. Meninggalkan Solat Jumaat kerana bersuluk
54. Mengagung-agungkan Yahudi dan keturunannya sebagai kerabat dan perlu dicontohi
55. Murid-murid dilarang berbincang sesama mereka jika terdapat kemusykilan, tetapi hendaklah dirujuk kepada guru
56. Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diambil terus daripada Rasulullah SAW dalam keadaan berjaga yang bertentangan dengan syara’
57. Mengikut secara membuta tuli ajaran gurunya, walaupun gurunya melakukan kesalahan dan dosa
58. Pengikut-pengikut lelaki atau perempuan dikehendaki melalui ujian yang dijalankan oleh gurunya di dalam sebuah bilik khas dan bersumpah tidak akan membocorkan apa yang terjadi di dalam bilik tersebut

Inilah dunia hari ini yang semakin menuju ke gerbang kiamat, segala yang dinyatakan oleh Nabi SAW semakin hari semakin terpapar di skrin mata manusia. Masihkah kita leka dengan kehidupan yang akan habis ini? Bagaimanakah keadaan sekeliling kita yang sentiasa menumbuhkan pemikiran-pemikiran sesat? Inilah tanda-tanda kiamat.



Thursday, 13 June 2013

MENGENAL PERUBATAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

RAWATAN dalam Islam terbahagi kepada dua jenis. Pertama, rawatan hasil daripada kajian dan pengalaman seperti yang diamalkan doktor dan pengamal perubatan. Itu rawatan diiktiraf Islam.

Sabda Nabi SAW dalam hadis, “Barang siapa yang mengubati orang (menjadi doktor) dan dia tidak mengetahui ilmu kedoktoran, maka dia bertanggungjawab (atas akibat berlaku kepada pesakit).” (riwayat Abu Dawud)

Ini bermakna Islam mengiktiraf ilmu perubatan, dan ilmu perubatan terhasil daripada kajian diiktiraf Islam. Bukan ubati tanpa menguasai ilmu perubatan.

Sabda Nabi dalam hadis, “Sesungguhnya ALLAH menciptakan penyakit dan ubat, maka berubatlah dan jangan kamu berubat dengan yang haram.” (riwayat Ad-Daulabi dalam Al-Kuna)

Kedua, rawatan yang disebut sebagai ruqyah (jampi). Jampi dimaksudkan adalah bacaan diajar Nabi SAW dan para sahabat.

Antara yang masyhur adalah hadis daripada Abu Said Al-Khudri RA dalam Sahih Imam Al-Bukhari apabila beliau menjampi seorang ketua kampung yang dipatuk haiwan berbisa.

Maka beliau membaca surah Al-Fatihah dan kemudian seolah-olah meludah kepada air.

Ruqyah ini ada prinsipnya. Pertama, kita perlu lihat kepada orang sakit. Katakanlah si polan sedang sakit. Yang terbaik baginya adalah dia meruqyah dirinya sendiri, iaitu membaca ayat-ayat ruqyah yang diajar dalam hadis untuk mengubati dirinya sendiri.

Kedua, jika dia tidak tahu cara menjampi (ruqyah), dia boleh merujuk orang yang pandai meruqyah.

Dia perlu lihat siapa dia pilih. Kalau pergi kepada orang yang pakaiannya pun tidak sempurna, memakai benda diharamkan seperti rantai, memakai banyak cincin (bagi lelaki), tidak memakai baju, bagaimana kita hendak jadikan dia orang kepercayaan meruqyah kita.

Nabi SAW cuma memakai satu cincin, Baginda tidak pernah berada dalam keadaan terbuka pakaiannya, Nabi menutup aurat dan Baginda sentiasa memakai dua kain; rida’ dan izar yakni kain yang menutup bahagian bahu (badan) dan bahagian bawah.

Kalau kita baca betul-betul ayat al-Quran untuk menjampi tetapi tidak sembuh sakitnya, bukan bererti ayat-ayat itu tidak mujarab dan tidak mustajab. Mungkin ALLAH SWT hendak menguji kita, sejauh mana keyakinan kita dengan ajaran ALLAH dan Rasul. Itu ujian kita.

Ketiga, pastikan bacaannya daripada al-Quran ataupun as-Sunnah serta dibaca dalam bahasa Arab. Adapun doa kita sendiri untuk meminta secara khusus, tidak ada masalah dalam bahasa selain Arab.

Imam Ibnu Hajar senaraikan syaratnya; doa mesti daripada al-Quran dan as-Sunnah, dan ia tidak boleh berbentuk serapah. Dan tidak perlu meletakkan limau, kemenyan, atau sebagainya. Semua ini tidak perlu. Islam mengajar ruqyah hanya dengan air sahaja.

Islam mengajar semua ini kerana bimbang kepada syirik yang akan membatalkan semua amalan.

Rugi solat, puasa, zikir, sedekah, semuanya habis apabila seseorang mensyirikkan ALLAH, kerana dia meletakkan kepercayaan kepada bomoh itu lebih tinggi atau setara dengan kepercayaannya kepada ALLAH.

Saya ingin membawa contoh mudah. Syaitan bukan takut dengan mushaf atau lembaran al-Quran, sebaliknya syaitan takut dengan pengamal dan pembaca al-Quran.

Sebab itu di dalam masjid pun orang boleh mencuri tabung masjid dan berzina sedangkan beratus-ratus al-Quran ada di dalam masjid.

Jika dalam agama Kristian mereka meletakkan tanda salib, ada sesetengah orang dalam Islam yang meletakkan al-Quran untuk menghalau syaitan, sedangkan syaitan bukan takut dengan al-Quran.

Bahkan syaitan sendiri pernah mengajarkan Abu Hurairah RA ayatul Kursi supaya syaitan tidak mengganggunya daripada malam sampai bangun tidur.

Jadi Islam mengajar perbezaan daripada agama-agama lain.

Islam bukan agama simbolik yang bergantung kepada kepercayaan-kepercayaan seperti menggantung ayat Kursi untuk takutkan hantu, letak Quran bawah bantal, letak itu, tampal ini.

Tidak, ia bergantung kepada orang tersebut apakah dia beramal atau tidak dengan ayat-ayat al-Quran.