Monday, 1 July 2013

INI LAH DIA SEBENARNYA RAWATAN ISLAM





akU jadi Perawat???

macam mana yer???? 

***Perawat perlu memiliki keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah serta memiliki keilmuan dengan ilmu rawatan Islam dengan sumber ilmu yang sah dan tahu membezakan antara yang betul dan yang salah.

***Setiap pengamal perubatan Islam hendaklah memiliki akidah yang betul, keikhlasan,berakhlak mulia, memahami keadaan pesakit, beretika apabila merawat pesakit berlainan jantina, pengurusan masa yang berkualiti, pemeriksaaan dengan cara berhemah dan memiliki sifat mahmudah seperti kesabaran, keyakinan doa dimakbulkan, tawadu' dan perasaan belas kasihan kepada pesakit.

***Setiap pengamal peruubatan Islam hendaklah beriktikad bahwa kesembuhan datang daripada Allah dan bukannya dari kemampuan dan kekuatan amalan atau ilmu sendiri.Tugas pengamal hanyalah berdoa dan memotivasi pesakit sebagai satu kaedah usaha dan ikhtiar.

***Pengamal perubatan Islam hendaklah memastikan bahawa amalan perubatan Islam yang dipraktikkannya bebas daripada unsur-unsur batil yang biasa diamalkan dalam sistem perbomohan yang terpesong daripada syariat Islam seperti penggunaan 'khidmat jin', tangkal azimat, jampi serapah, dakwaan mengetahui perkara ghaib, menilik, meramal penyakit, penggunaan bahan yang jelas haram seperti darah, hempedu, daging binatang yang diharamkan.



***Penggunaan ubat-ubatan hospital dan pembedahan adalah termasuk dalam perubatan Islam berdasarkan hadis Nabi SAW yang menggesa berubat dengan menggunakan madu dan bekam.

***Pengamal perubatan Islam hendaklah menunjukkan contoh terbaik dalam amalan mereka dengan mementingkan keikhlasan dalam membantu,memotivasi,dan mendakwah pesakit, mengutamakan keredhaan Allah dan mengejar kebaikan tanpa meletakkan imbuhan duniawi sebagai matlamat utama dalam pengubatan.

***Pembedahan batin yang dilakukan tanpa menggunakan peralatan bedah yang sewajarnya dan tidak dilakukan dalam bilik bedah walaupun kelihatan darah mengalir keluar dari tubuh pesakit yang dibedah dan kadang-kala ada objek-objek yang tertentu dikeluarkan daripada tubuh pesakit kesemuanya itu adalah merupakan satu kaedah sihr khayalan yang menggunakan khidmat jin. Pada hakikatnya pembedahan batin yang kelihatan berlaku secara misteri itu tidak berlaku sama sekali. Hanya pandangan orang yang menyaksikannya sahaja yang tertipu seoalah-olah pembedahan itu wujud dan berlaku.

***Perawat yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti mengetahui dalam badan pesakit ada sejumlah jin dan kemudian menilik ayat-ayat al-Quran yang kononnya sebagai ubat yang sesuai untuk pesakit berdasarkan pencarian secara tilikan maka termasuk dalam kaedah menggunakan khidmat jin.

***Kaedah mengalinkan bahan tertentu di atas tubuh pesakit seperti mengalinkan telur di tempat sakit kemudian apabila telur itu dipecahkan didapati berbagai objek di dalam telur itu seperti rambut atau isi telur itu berubah warna kepada kehitaman atau kemerahan maka ia termasuk kaedah sihir dan pengamalnya dipanggil sebagai Kahin ( merawat dengan menggunakan khidmat jin dan syaitan).

IKHLAS DARI: Pusat Perubatan Islam Nur Mukmin :-)))

No comments:

Post a Comment