Tuesday, 4 December 2012

PENGALAMAN PENGAMAL TAPEDIRI

PERJALANANKU DALAM TAPEDIRI
Julai 2009 with Agpk AC.

Alhamdulillah,hati semakin tenang...beransur dekat dengan DIA.. syukur sangat..sejak aku mengenali TAPEDIRI banyak perubahan yang aku dapat dan rasa..walaupun tidak banyak tapi bagi aku amat besar kerana sedikit sebanyak sifat mazmumah aku telah ku buang..insyallah dengan izin Mu ya ALLAH ku bermohon kekalkan lah perubahan aku sehingga mati... kerana aku insan yang lemah yang sentiasa akan diuji...

Merungkai persoalan yang berlegar diminda mengenai TAPEDIRI.

Apa itu TAPEDIRI?.
Persoalan yang biasa bermain di minda kita kenapa perlu dibayar dengan harga RM untuk mendapatkan ilmu?.Adakah TAPEDIRI berkait rapat dengan JIN@SYAITAN@IBLIS?.
Kenapa bila selesai sahaja proses “pengijazahan ilmu” seseorang itu tidak boleh dipukul oleh orang yang mempunyai perasaan khianat?.siapa yang melindungi kita hinggakan tidak boleh dipukul oleh orang yang mempunyai perasaan khianat?.Kenapa terdapat gabungan surah didalam pengisian TAPEDIRI?.

TAPEDIRI adalah singkatan kepada: TAqwa, PErtahanan DIri & Rawatan Islam.
Tapediri diri adalah cabang ilmu kebatinan dan juga rawatan Islam.Tapediri menggunakan sepenuhnya ayat-ayat dari Al Quran. (Tiada langsung bacaan bersifat mentera atau seru).
Mempelajari ilmu TAPEDIRI dangan amalan surah-surah dari Al Quran. Tiada Mentera tiada seru dan tanpa menggunakan alat seperti kemenyan, kain kuning, keris,tiada bantuan JIN atau makhluk yang sudah meninggal dan sebagainya kerna perlu diingatkan bahawa tiada satu roh pun yang boleh balik ke dunia ini. Kenapa saya berkata begitu?. sebab jika roh boleh dibenarkan balik ke dunia ini untuk membantu,maka roh pertama yang ALLAH AKAN HANTAR BALIK ADALAH NABI MUHAMMAD SAW dan pasti dia tidak berhenti henti menyampaikan tentang ISLAM kepada kita sepatutnya jika difikirkan kenapa ALLAH tidak hantar para NABI NABI?? sebab nabi lagi hebat pada semua golongan manusia.Tidak perlu ALLAH menghantar wali, pak kiai, tuan guru untuk membantu sebab NABI MUHAMMAD adalah kekasih ALLAH dan dialah yang membawa islam diatas muka dunia ini.tetapi masyarakat zaman sekarang lebih yakin pada pawang,bomoh yang dikatakan boleh berkomunikasi dengan pak kiai, wali, tok guru yang hanya boleh membantu dalam bab perubatan tetapi pelik sepeliknya, tiada pula dengar mereka semua tu bercerita tentang azab kubur, seksaan kubur, tidak pula kedengaran roh roh tersebut menasihati manusia supaya jangan tinggal solat. sebenarnya kita ni telah ditipu oleh JIN sebab jin tidak mampu menyerupai NABI MUHAMMAD. Dalam Al-Quran sudah terang ayat 6 surah JIN,sesiapa yang berhubung dengan jin maka syirik lah dia dan jika kita tidak yakin dengan ayat ALLAH maka syirik lah kita.

Ada persoalan timbul,bagaimana pula hukumnya jika pawang atau bomoh yang mendapat bantuan dari roh tersebut dapat mengubati pesakit?. jawapannya ialah adalah NIAT yang baik tidak boleh mengHALALkan CARAnya. contoh robin hood mencuri rumah orang kaya dengan niat ingin membantu orang miskin, pawang@ bomoh berhubung dengan jin dengan niat ingin membantu pesakit.jadi walaupun niat tu baik dan betul tetapi cara itu tetap salah dan automatic tidak diterima oleh ALLAH.

TAPEDIRI juga adalah salah satu PERGURUAN yang mementingkan silaturrahim dan juga ukhwah malah sama sekali menolak sifat mazmumah. Jemaah dilarang sama sekali bergaduh, meninggi diri malah jemaah digalakkan bersikap IKHLAS – beramal, SABAR BILA DIUJI.
SYUKUR – nikmat, REDHO – ketentuan, HARAP –berdoa, TAWAKAL – berserah, rendah diri dan mengalah kerana tidak semestinya mengalah itu “KALAH”.
Kebanyakkan pertubuhan yang ada sekarang ini pada mulanya berlandaskan Amal Makruf Nahi Mungkar tetapi lihat sekarang ape yang berlaku,malah sifat mazmumah semakin mengawal diri mereka contoh ego,garang,mengaku kuat,gagah dan sebagainya sedangkan sifat itu ALLAH amat murkai.

Persoalan Kenapa perlu dibayar dengan harga RM untuk mendapatkan ilmu TAPEDIRI sedangkan semua itu itu ilmu ALLAH dan menggunakan ayat ayat Al Quran?. Sebelum kita pergi lebih jauh, boleh tunjukkan saya dari tadika, sek rendah, menengah, sijil, diploma hinggalah PHD, mana satu ilmu yang boleh di dapati atau dipelajari dengan FREE atau percuma?. Ada tetapi atas dasar biasiswa dan kena faham walaupun atas nama biasiswa, harga tersebut tetap dibayar oleh seseorang atau syarikat besar.seterusnya tunjukkan saya mana satu ilmu itu bukan ilmu dari ALLAH?. Semuanya dari ALLAH. kita perhatikan pula sesetengah atau kebanyakkan pertubuhan mengenakan sejumlah bayaran tertentu dan kebanyakkannya (bukan semua) ada unsur mazmumah yang amat tinggi. Yer betul dan saya akui permulaan pertubuhan lebih kepada unsur mempertahankan agama tetapi kita boleh lihat unsur pergaduhan dan kekuatan telah memanipulasi pertubuhan tersebut. Dimana silapnya? sedangkan sesetengah pertubuhan sudah lengkap dengan barisan pemimpinnya. Ada sesiapa pertikaikan kenapa perlu bayar untuk menyertai pertubuhan tersebut?. tidak kan?.. sebab kebanyakkan ahlinya memang meminati cara perjalanan pertubuhan tersebut semata mata supaya orang akan kata kita gagah dan kuat. Jadi bagi mereka ini tidak perlulah persoalkan bayaran tersebut.

Kita berbalik semula persoalan kenapa ilmu atau ayat Al Quran dijual beli?. saya nak bertanya semula, tunjukkan saya mana satu manusia atau syarikat yang berkaitan dengan ayat Al-Quran, mencetak secara percuma dan diedarkan pada semua orang?. Kenapa selama hidup kita tidak pernah pertikaikan pada ibubapa kita kenapa beli Muqaddam? Kenapa perlu beli Al Quran? Kenapa tidak boleh didapati secara percuma, Sedangkan itu semua ayat ayat dan kata kata ALLAH?...kenapa kenapa??.. Tidak ada yang percuma didalam dunia ni, jadi renungkan lah. Jawapan ada di tangan anda..
Kenapa bila selesai sahaja proses “pengijazahan ilmu” seseorang itu tidak boleh dipukul oleh orang yang mempunyai perasaan khianat?. siapa yang melindungi kita hinggakan tidak boleh dipukul oleh orang yang mempunyai perasaan khianat?.untuk pengetahuan semua,

Ilmu TAPEDIRI mempunyai dalil yang kuat iaitu surah Al Ma’idah ayat 11 “ Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan ni’mat Allah (yang diberikan Nya) kepadamu, diwaktu suatu kaum bermaksud hendak menggerakkan tangannya kepada mu (untuk berbuat jahat), maka Allah menahan tangan mereka dari kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah, dan hanya kepada Allah sajalah orang-orang mu’min itu harus bertawakkal.”.

Bacaan ketika pengijazahan ilmu juga adalah ayat ql quran.ada juga sesetengah orang mengatakan TAPEDIRI ini mempunyai kaitan dengan jin tapi saya nak Tanya balik, bagaimana hasil jemaah jemaahnya?. Adakah mereka memakai kupiah semata mata berlakon dihadapan masyarakat? Adakah jin yang suruh sebab jin pakai kupiah?. Selama ini pemimpin utama TAPEDIRI tidak pernah berhenti mengingatkan tentang solat, adakah jin atau syaitan atau iblis suka pada orang yang solat?. adakah jemaah jemah yang berada di dalam TAPEDIRI terbabit dengan pergaduhan kerana gaduhkan salah satu sifat yang jin@syaitan@iblis suka?. Lihat hasilnya dulu sebelum terburu buru menilai tanpa usul periksa. persoalannya siapa yang melindungi kita?. Sebelum saya menjawab walaupun telah saya jelaskan dalil diatas, saya ingin bertanya bagaimanakah kapal terbang yang berat beribu tan boleh terbang?. bagaimana kipas boleh berpusing?. inilah yang dikatakan ilmu LADUNI atau ilmu terkemudian dan ilmu ini tidak diturunkan pada zaman nabi dahulu.ilmu ini bermaksud suatu ilmu yang telah diturunkan oleh ALLAH pada zaman sekarang. kenapa saya berkata begini? Kerana jika difikirkan semula kenapa ALLAH tidak turunkan ilmu ini pada zaman kekasihnya dan adakah sampai hati ALLAH nak melihat kekasihnya berpanas ketika tidur,berpanas ketika berjalan kaki,tidur tanpa tilam,terpaksa berjalan beribu batu untuk menyampaikan sesuatu.kenapa??.. inilah yang dikatakan ilmu LADUNI bermaksud ALLAH MENGIZINKAN DAN MENGURNIAKAN semua ilmu ini termasuk penciptaan kapal terbang,penciptaan telephone dan salah satu ilmu laduni termasuk jugak lah TAPEDIRI pada zaman SEKARANG. bagaimana kapal terbang boleh terbang? Adakah JIN yang mengangkatnya? Bagaimana kipas berpusing? Adakah JIN yang pusingkan?. sebenarnya dengan izin ALLAH, semua ini adalah bantuan MALAIKAT dan banyaknya malaikat sebanyak pasir yang bertaburan dimuka dunia ini.kenapa semasa orang yang mencipta kipas angin, telephone, kapal terbang dan sebagainya tidak dipertikaikan siapa yang bantu ia berfungsi?..
TAPEDIRI ini adalah ilmu mempergunakan orang untuk wang ringgit?. sesetengah orang cukup takut untuk berhabis duit ke jalan ALLAH atau ilmu ALLAH tapi amat mudah membazirkan wangnya ke arah keburukan. terlalu sangat dengan dunia semata mata sedangkan mereka lupa tanpa ALLAH, duit tersebut tidak mungkin kita rasai jika tanpa keizinan DIA. Memang benar setiap pengisian dan ranting perlu dibayar tetapi apalah sangat nilai RM yang tidak sampai 1000 berbanding dengan berPULUH RIBU dikeluarkan oleh membeli sebuah kereta.
Rumusan yang boleh kita katakan tentang TAPEDIRI ialah ianya adalah satu pertubuhan yang mengutamakan TAqwa dikuti dengan PErtahanan DIri dan Rawatan Islam.apa yang saya dapat setelah mengambil ilmu TAPEDIRI ini :

1. Saya akui sebelum ini solat saya amatlah lemah dan saya selalu meninggalkannya tetapi Alhamdulillah sejak hari pertama TAPEDIRI saya hinggalah sekarang, walaupun ada yang solat qada’ saya tidak pernah lagi tinggal.malah saya jadi resah jika tidak solat. mungkin selama ini kita fikir zina adalah satu dosa yang amat besar, sebenarnya ianya amatlah kecil berbanding kita meninggalkan solat:
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun.
Di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.

Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan.

Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah masyaAllah.. Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.

Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.

Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
jadi bayangkan lah betapa besar dosa yang kita selama ini tidak perasan besarnya.malah sejak saya bersolat hati saya lebih tenang.

2.selama ini saya akui sifat mazmumah saya antaranya panas baran semakin berkurang malah jika sebelum ni marah pasti berpanjangan dan amat susah untuk menjadi normal kembali.dan berkat ilmu ini Alhamdulillah.

3. Memang diakui setiap pengisian dibayar tidak sampai pun RM1000 berbanding. Inilah satu2nya pengorbanan kita.

4.Sebenarnya memang tidak boleh dinafikan apabila sesuatu itu berkait dengan taqwa atau menyuruh melakukan kebaikan seperti solat dan sebagainya pasti amat berat untuk diterima secara terus.tetapi cuba sesuatu itu disuruh bergaduh, marah, menonton perkara yang menaikkan nafsu syawat pasti tidak menjadi masalah.sebab semua itu berkait dengan kebanggaan, keseronokan, keberanian, pangkat, kuasa, dan sebagainya. Bila sesuatu yang berkait dengan disuruh rendah diri, buang sifat amarah, pemaaf mulalah berdolak dalih sebab semua itu tiada keseronokan. maaf jika saya kata sebagai contoh, bila dengar sahaja satu nama pertubuhan ini pasti sifat bangga datang. ego keberanian mula muncul. ikhlas hati, saya bersyukur sangat dengan kedatangan ilmu TAPEDIRI ini kerana Berjaya membentuk satu pertubuhan yang bersifat menyelam sambil minum air. maksudnya dengan menggunakan pendekatan ilmu yang menjanjikan kekuatan atau istilah dihindar dari dipukul maka diselitkan dengan sedikit zikir dan di akhiri dengan isthigfar dan selawat nabi selama 65 hari. dan ramai yang tidak tahu kerana selama 65 hari tersebut kita telah beristhigfar dan selawat nabi sebanyak 140 X 65 = 9100 dan ALLAH itu maha pengasih, maha pengampun, maha penyayang, DIA tidak akan mensia siakan permohonan ampun kita. mungkin daripada 9100 takan lah satu pun tidak diterima ALLAH. Sabda Rasulullah SAW: "Siapa yg melazimkan amalan istghfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sbg org yg lupa(nyayuk). "Sebelum nyayuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lg. Rasulullah SAW mnganjurkn kita beristighfar 70 kali 100 kali sehari. Baginda sndri melakukannya lbh dr 100 kali sehari.
Sabda Baginda Rasulullah SAW: "Sesiapa yg melazimkan amalan istighfar,akn dikeluarkan ALLAH SWT dr sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yg tidak menentu yg sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"
Istighfar juga memurahkan rezki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dlm bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kaseh sayang dan anak-anak.TAPEDIRI ini banyak mengubah cara hidup saya. doakan saya Berjaya kekal dalam keadaan sekarang hingga akhir hayat saya. semoga TAPEDIRI dipermudahkan oleh ALLAH..

RENUNGKANLAH WAHAI DIRI
agpk ac @ acong.

9 comments:

  1. Waalaikummusalam wbt..Insyaallah, moga kita semua mendapat hidayah dan rahmat dari Allah S.W.T

    ReplyDelete
  2. Di Madinah banyak al-Quran diedarkan percuma... jemaah haji seramai lebih 3 juta orang dihadiahkan seorang satu,.

    ReplyDelete
  3. Ilmu pertahanan diri ni tak ternilai harganya (terlalu berharga). kalau nak kan ilmu mesti berkorban utk kita hargai ilmu yg guru ajarkan.. insaallah..

    ReplyDelete
  4. Jgn lupa jin Islam pun sembahyang & membaca al-Quran lebih baik dari manusia bacaanya..jgn mudah terpadaya

    ReplyDelete
  5. Bolehkah ilmu ni diijazahkan dari jarak jauh

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Aktiviti TAPEDIRI telah difatwakan menyeleweng dari syariah dan pengamal atau yg pernah terlibat dimohon untuk bertaubat.
    FATWA BIL.5/2015 KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain fatwa, lain pandangan.. Satu lagi, jgn nk hukum sesuatu ilmu tu. Sbb yg seleweng, bukan ilmu tu.. Tapi orang yg mengamalkannya. Masing2 dgn niat sendiri.. Masa mengamalkan ilmu ni, niat je utk ibadah .jgn niat sbb nak benteng tu.. InshaAllah, x ada apa2 yg seleweng pun kalau niat ni tulus dan ikhlas...

      Delete
  7. diharamkan sebab kuatir disalah gunakan..

    ReplyDelete